GELANG KAKI DAN LONCENGNYA!

Assalamualaikum!

Salam sejahtera dan selamat pagi semua. Ni merupakan enteri pertama untuk blog yynachantek.blogspot.com. kenapa Yna pilih nama YYNACHANTEK untuk url blog ni? Yna pun tak tahu... idea datang tiba-tiba. dan Yna terus saja masukkan url tu. dan tak sangka url tu masih tak de sesiapa yang guna.

GELANG KAKI DAN LONCENGNYA!



tajuk ni yna pilih untuk entri pertama blog ni. nak tahu kenapa? sebab pagi-pagi lagi yna dah bukak blog dan mencari info- perihal agama. dan yna tertarik dengan HUKUM WANITA MEMAKAI GELANG KAKI BERLOCENG! di sini yna nak beritahu,, sekarang yna sedang memakai gelang kaki juga berloceng. marilah sama-sama kita menbaca hukumnya. rasa-rasa yna ramai yang pakai gelang kaki berloceng ni.

Berkata Allah SWT: “Dan janganlah mereka menghentak kami mereka….”. Pada zaman jahilliah, ketika wanita-wanita itu melalui jalan-jalan atau lorong-lorong, di kaki mereka mempunyai gelang dan tiada sesiapa yang dapat mengetahui (mendengar) bunyinya, maka mereka menghentakkan kaki mereka ke bumi supaya orang-orang lelaki dapat mendengar bunyi gelag itu. Allah SWT melarang wanita beriman daripada hal seperti itu. Begitu juga jika ada sesuatu hiasan yang tersembunyi, dan perempuan itu menggerak-gerakkannya untuk menzahirkan apa yang tersembunyi padanya, maka ia termasuk di dalam larangan ini: “ Dan janganlah menghentak-hentakkan kaki mereka…hingga akhir ayat. [Tafsir Ibn Kathir]

“ Dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka supaya diketahui apa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka”. Maksudnya: Janganlah dihentak-hentak bumi dengan kaki mereka supaya berbunyi perhiasan mereka, seperti gelang-gelang kaki dan lain-lain. Dan oleh sebab itu (hentakan kaki tersebut), diketahui perhiasannya, maka ia menjadi wasilah kepada fitnah. [Taisir al-Karim ar-Rahman, asy-Sheikh as-Sa’di]
Kesimpulan: ayat surah an-Nur:31 menunjukkan larangan menghentak-hentakkan kaki ke bumi kerana ia akan menyebabkan perhiasan yang tersembunyi seperti gelang kaki diketahui oleh lelaki-lelaki bukan mahram. Maka, jika setakat memakai gelang kaki sahaja, tidaklah mengapa selagi mana tidak dihentak-hentakkan kaki hingga bunyinya didengari hingga lelaki-lelaki bukan mahram mengetahu ada perhiasan di dalamnya. Akan tetapi dalam kes memakai gelang kaki yang berloceng, kesnya berbeza. Walaupun kaki tidak dihentak-hentakkan, apabila wanita tersebut bergerak, berjalan dan lain-lain, maka bunyinya masih terhasil dan ia termasuk di dalam larangan di dalam ayat ini. Ini kerana yang menjadi punca larangan bukanlah kerana menghentak kaki, akan tetapi larangan tersebut adalah kepada ‘pengzahiran’ perhiasan yang tertutup. Wallahua’alam.

sumberSOAL JAWAB
.TERIMA KASIH.SUKA?SILA LIKE.

6 comments:

Unknown said...

yana--
kak ayu mmg tak pakai gelang kaki..
tak pernah seumur hidup kak ayu..

moga2 ada kesedaran sesama kita...sama2 kita ambil iktibar yer

iniialahaku said...

sya xpkai gelang kaki...xsswai..hehe..
hurm.nice info...

azzey said...

x pnh lagi pakai gelang kaki ....

azzey said...

slmkenal n follow blog ni

yna fazlyna said...

azzey: thanz follow... kalo nak pakai pun pakai yang tak de lonceng dan tak menarik lelaki bukan mahram tok terpesona..

ini: memang tak sesuai pun kan..

citarasa:ye kak. kne ambik iktibar... kalo pakai untuk suami tak pe..

WAwan Baik said...

huhu..bes ke pakai gelang kaki?