KUKU PANJANG DAN KEKOTORANNYA!

AS-salam

Hai semua selamat tengah hari... hari ni yna nak share ckit pasal kuku dan kekotorannya. sambil tu yna nak selitkan pasal jari dan cicin ye... kredit tu HASIMAH yna ambik info dri blognya ya... sebenarnya yna pelik. kenapa ramai yang suka bela kuku panjang. apa keistimewaannya? kalau yna,, memang tak pandai bela kuku panjang ni. sebab yna memang dari kecik sentiasa berkuku pendek. panjang cikit je yna dah potong. lagi pun tak selesa lah berkuku panjang ni. nanti patah dah susah... meh baca kat bawah ni ye... sama2 ambik ikhtibar ye...

(dah macam kuku binatang pun ada)

(untuk apa diciptakan cepit kuku kalau tak reti nak potong kuku tu)
  
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia t idak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, u li tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan d an kebersihan diri sendiri 
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.  
Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakail ah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu k aum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

.TERIMA KASIH.SUKA?SILA LIKE.

GELANG KAKI DAN LONCENGNYA!

Assalamualaikum!

Salam sejahtera dan selamat pagi semua. Ni merupakan enteri pertama untuk blog yynachantek.blogspot.com. kenapa Yna pilih nama YYNACHANTEK untuk url blog ni? Yna pun tak tahu... idea datang tiba-tiba. dan Yna terus saja masukkan url tu. dan tak sangka url tu masih tak de sesiapa yang guna.

GELANG KAKI DAN LONCENGNYA!



tajuk ni yna pilih untuk entri pertama blog ni. nak tahu kenapa? sebab pagi-pagi lagi yna dah bukak blog dan mencari info- perihal agama. dan yna tertarik dengan HUKUM WANITA MEMAKAI GELANG KAKI BERLOCENG! di sini yna nak beritahu,, sekarang yna sedang memakai gelang kaki juga berloceng. marilah sama-sama kita menbaca hukumnya. rasa-rasa yna ramai yang pakai gelang kaki berloceng ni.

Berkata Allah SWT: “Dan janganlah mereka menghentak kami mereka….”. Pada zaman jahilliah, ketika wanita-wanita itu melalui jalan-jalan atau lorong-lorong, di kaki mereka mempunyai gelang dan tiada sesiapa yang dapat mengetahui (mendengar) bunyinya, maka mereka menghentakkan kaki mereka ke bumi supaya orang-orang lelaki dapat mendengar bunyi gelag itu. Allah SWT melarang wanita beriman daripada hal seperti itu. Begitu juga jika ada sesuatu hiasan yang tersembunyi, dan perempuan itu menggerak-gerakkannya untuk menzahirkan apa yang tersembunyi padanya, maka ia termasuk di dalam larangan ini: “ Dan janganlah menghentak-hentakkan kaki mereka…hingga akhir ayat. [Tafsir Ibn Kathir]

“ Dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka supaya diketahui apa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka”. Maksudnya: Janganlah dihentak-hentak bumi dengan kaki mereka supaya berbunyi perhiasan mereka, seperti gelang-gelang kaki dan lain-lain. Dan oleh sebab itu (hentakan kaki tersebut), diketahui perhiasannya, maka ia menjadi wasilah kepada fitnah. [Taisir al-Karim ar-Rahman, asy-Sheikh as-Sa’di]
Kesimpulan: ayat surah an-Nur:31 menunjukkan larangan menghentak-hentakkan kaki ke bumi kerana ia akan menyebabkan perhiasan yang tersembunyi seperti gelang kaki diketahui oleh lelaki-lelaki bukan mahram. Maka, jika setakat memakai gelang kaki sahaja, tidaklah mengapa selagi mana tidak dihentak-hentakkan kaki hingga bunyinya didengari hingga lelaki-lelaki bukan mahram mengetahu ada perhiasan di dalamnya. Akan tetapi dalam kes memakai gelang kaki yang berloceng, kesnya berbeza. Walaupun kaki tidak dihentak-hentakkan, apabila wanita tersebut bergerak, berjalan dan lain-lain, maka bunyinya masih terhasil dan ia termasuk di dalam larangan di dalam ayat ini. Ini kerana yang menjadi punca larangan bukanlah kerana menghentak kaki, akan tetapi larangan tersebut adalah kepada ‘pengzahiran’ perhiasan yang tertutup. Wallahua’alam.

sumberSOAL JAWAB
.TERIMA KASIH.SUKA?SILA LIKE.